Hardeta Beyond your Everything

Kes Gangguan Seksual di Malaysia

01/12/2013 19:21
Sekiranya ada Akta Gangguan Seksual di Malaysia hari ini, 5 Tahun akan datang, pasti Rakyat Malaysia meras lebih selamat dan berterima kasih kepada Pihak Kerajaan kerana bersedia lebih awal demi memastikan Kes Gangguan Seksual atau Sex Abuse tidak berleluasa. Pencabulan Hak dan gangguan privasi, sensitif serta seksual. Eksploitasi Gadgets canggih dan kemudahan internet jalur lebar di era teknologi dan globalilsasi. Akta Gangguan Seksual dan Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian. Statistik Gangguan Seksual di Malaysia.

 

Kod dan Akta Gangguan Seksual di Malaysia

 

Pihak Kerajaan digesa bertindak awal, memperkenal Akta Gangguan Seksual agar kesalahan itu dapat diselesai mengikut peruntukan undang-undang yang lebih jelas tanpa menggunakan akta lain. Buat masa sekarang, sebarang Kes Kesalahan atau Perbuatan Gangguan Seksual tidak boleh diambil tindakan di bawah Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual sedia ada. Untuk makluman, Malaysia hanya memiliki Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian sahaja dan masih belum ada Akta yang memperuntukkan Tindakan Undang-Undang yang boleh diambil sekiranya ada Kes Gangguan Seksual dilaporkan.

 

Kod dan Akta Gangguan Seksual di Malaysia
Kod dan Akta Gangguan Seksual di Malaysia

 

Merujuk pihak berkuasa, Kes Gangguan Seksual yang telah dilaporkan sebelum ini terpaksa menggunakan akta undang-undang lain yang bersesuaian seperti jenayah dan Akta Pekerja 1955. Walaupun Statistik Gangguan Seksual di Malaysia amat rendah dan tiada Isu Gangguan Seksual dikontroversikan, namun ada baiknya Malaysia memiliki Akta Gangguan Seksual, kerana di zaman teknologi dan globalilsasi ini Pencabulan hak pribadi dan Gangguan Seksual tidak lagi menjurus untuk membela Kaum Wanita sahaja, namun Kaum Lelaki lebih berisiko dieksploitasikan hingga boleh dikategorikan sebagai Gangguan privasi sensitif atau seksual.
 
 
Back

Search site

Hardeta © 2014 All rights reserved